Kehidupan Peribadi Deera Lee

Mula menulis lagu sejak 2011, Deera menunjukkan minatnya dalam muzik tidak seperti pemuzik yang lain. Kebanyakkan pemuzik memulakan karier muzik mereka dengan menyanyikan lagu saduran artis ternama yang lain tetapi Deera bermula menyanyi dengan lagu karyanya sendiri.

Beliau merakam lagu nukilannya sendiri dan memuat naik ke laman YouTube untuk dikongsi dan dijadikan portfolionya. Tidak lama kemudian beliau berkenalan dengan Zul Norizan pada tahun 2014 dimana perkenalan tersebut membuka peluang lebih besar mereka dalam bidang muzik, dan akhirnya kearah penubuhan Fusion Records MY.

Beliau berkelulusan Diploma Reka Bentuk Grafik & Media Digital dari Universiti Teknologi MARA dan Sarjana Muda dalam Reka Bentuk Grafik dari universiti yang sama, Deera juga berkebolehan dalam bidang reka grafik.

Deera juga bekerja di sebuah syarikat animasi Blindspot Studio dan melakonkan watak suara bagi animasi Alif Sofia[2].